



















Delhi, (Hindi: दिल्ली, Panjabi: ਦਿੱਲੀ, Urdu: dillī; nama rasmi: Wilayah Ibu Negara Delhi (National Capital Territory of Delhi, NCT)), merupakan metropolis terluas dan kedua teramai penduduknya di India, dan juga metropolis kelapan terbesar di dunia, kerana diduduki oleh lebih 12.25 juta penduduk dalam wilayah Delhi sahaja, dan seramai 22.2 juta orang di seluruh Kawasan Ibu Negara (yang juga merangkumi Noida, Gurgaon, Noida Besar, Faridabad dan Ghaziabad). Ada yang menganggap beberapa kawasan bandar berdekatan NCT sebagai kawasan Delhi; begitu juga dengan New Delhi, ibu negara India yang terletak dalam lingkungan metropolis. NCT merupakan sebuah wilayah kesatuan tadbiran persekutuan. Delhi merupakan ibu negara dan pusat politik dan kebudayaan India. Delhi yang terletak di tebing Sungai Yamuna pernah menjadi petempatan manusia tanpa henti sejak abad ke-6 SM. Setelah kebangkitan Kesultanan Delhi, Delhi bangkit sebagai kota politik, budaya dan perdagangan utama di sepanjang laluan perdagangan antara India barat laut dan dataran Gangga. Inilah tapak bagi pelbagai tugu, tapak arkeologi dan tinggalan zaman purbakala. Pada tahun 1639, maharaja Mughal, Shahjahan membina sebuah kota bertembok di Delhi yang berfungsi sebagai ibu kota Empayar Mughal dari tahun 1649 hingga 1857.
Bandingkan pilihan anda: kapal terbang, kereta api, bas, kereta, feri, perkongsian basikal, memandu dan berjalan kaki arahan semua dalam satu carian.
Ketahui lebih lanjut tentang apl kami