



















Casablanca atau Dar al-Baidak ialah bandar raya terbesar di Maghribi terletak di dataran pantai Chaouia pesisir lautan Atlantik bahagian tengah baratnya. Bandar raya ini berpendudukan kira-kira 3.71 juta orang di kawasan bandar, dan lebih 4.27 juta orang di Casablanca Raya menjadikannya bandar raya paling ramai penduduk di kawasan Maghreb, dan kelapan terbesar dalam dunia Arab. Casablanca boleh dianggap sebagai pusat perniagaan dan ekonomi Maghribi menyampingi peranan Rabat sebagai kota pusat pemerintahan dan politik negara tersebut. Syarikat-syarikat utama Maghribi dan banyak perbadanan antarabangsa mengadakan kegiatan perniagaan mereka di negara ini mempunyai ibu pejabat dan prasarana industri utama di Casablanca. Bancian perindustrian terkini menunjukkan Casablanca memegang kedudukannya tersendiri sebagai zon perindustrian utama dalam negara. Casablanca ialah pelabuhan utama Maghribi, dengan Pelabuhan Casablanca menjadi satu daripada pelabuhan buatan terbesar di dunia, dan kedua terbesar di Afrika Utara. Casablanca juga menempatkan pangkalan laut utama bagi Tentera Laut Diraja Maghribi.
Bandingkan pilihan anda: kapal terbang, kereta api, bas, kereta, feri, perkongsian basikal, memandu dan berjalan kaki arahan semua dalam satu carian.
Ketahui lebih lanjut tentang apl kami